fbpx

Dewan Rakyat: Speaker tidak setuju hujahan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan

PETALING JAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan beliau tidak bersetuju dengan semua hujahan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen pembangkang pada sesi sidang khas hari ini.

Kenyataan Azhar itu disuarakan selepas beberapa Ahli Parlimen mencelah dan menganggunya ketika sedang memberi penjelasan mengenai perjalanan sidang khas.

“Kalau ahli Parlimen pandai peraturan dewan, kalau saya bercakap semua ahli Parlimen kena diam.

“Jadi saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab beberapa persoalan dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan perjalanan persidangan Parlimen hari ini iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI