fbpx

‘Road to 20k’ sangat menakutkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha memohon rakyat Malaysia daripada terus menularkan ciapan ‘road to 20k’ yang kini sohor kini dalam Twitter.

Ujar pelakon drama Projek: Anchor SPM itu, ciapan tersebut bukan satu perkara yang harus dijadikan seperti bahan jenaka kerana realitinya sangat menakutkan.

“Kata-kata itu satu doa. Melihat ‘road to 20k’ sohor kini ada satu perkara menakutkan. Kita semua tak mahu perkara itu berlaku.

“Ciapan tersebut bukan hanya sejumlah nombor namun merupakan nyawa, manusia dan rakyat Malaysia. Tolonglah,” ciap pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, itu.

Difahamkan, ciapan tersebut tercetus apabila Malaysia semalam mencatatkan jumpah kes positif tertinggi sepanjang tempoh pandemik dengan 17,045 kes menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 1,013,438 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 8,500 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 2,045 kes dan Kedah sebanyak 1,216 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI