PETALING JAYA – Sidang khas di Dewan Rakyat hari ini menyaksikan kesemua 38 ahli Parlimen UMNO kekal duduk di kerusi blok kerajaan sekali pun parti itu telah mengesahkan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob selaku Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berubah kedudukan apabila duduk di sebelah Muhyiddin.
Sidang khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula hari ini akan memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen untuk mendengar taklimat daripada kerajaan berkenaan pelaksanaan darurat selain isu-isu berkaitan Covid-19. – K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929