fbpx

MyClaaz.com platform jana pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Platform pendidikan digital, MyClaaz.com menyediakan kemudahan pembelajaran secara online yang membolehkan tenaga pengajar menjana pendapatan dan memberi peluang meningkatkan kemahiran masyarakat.

Selepas pelancarannya pada Jun tahun lalu, MyClaaz.com memiliki lebih 15,000 pengguna, 600 mata pelajaran berdaftar dan mencipta 14,000 transaksi pengguna dari 20 negara.

Pengasasnya, Zaharuddin Abd. Rahman berkata, pengguna berpeluang belajar secara berstruktur pada harga berpatutan dan mendapat sijil profesional bagi meningkatkan trajektori karier mereka.

“Pendaftaran tenaga pengajar diberikan secara percuma, manakala perkhidmatan dan produk pendidikan seperti e-buku, e-nota, soalan ramalan dan video pengajaran boleh dibeli dengan mudah dari seluruh dunia menerusi platform ini.

“Pakar dalam pelbagai bidang profesional serta pencipta modul kursus boleh mencipta sendiri kerjaya mereka sebagai pengajar, tutor atau pensyarah di platform ini.

“Malah, MyClaaz kini mempunyai beberapa tenaga pengajar yang mampu menjana nilai jualan sehingga RM300,000 hanya dalam tempoh tiga bulan melalui penjualan tiket pelbagai program pendidikan seperti e-buku,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaharuddin, MyClaaz adalah platform pada­nan antara pelajar dan tenaga pengajar yang memanfaatkan teknologi berasaskan pengenalpastian jarak dan lokasi serta menyediakan ruang digital untuk sebarang produk pendidikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI