fbpx

Bizmilla, Malakat Eco Mall tawar RM5 juta pulangan tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORSYARMILLA (tengah) bekerjasama dengan Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim (kiri) untuk menjayakan kempen pulangan tunai bernilai RM5 juta.

PETALING JAYA – Bizmilla Hol­dings Sdn. Bhd. (Bizmilla) telah memeterai kerjasama strategik dengan Malakat Eco Mall untuk penganjuran kempen RM5 juta dalam bentuk pulangan tunai kepada pelanggan yang membeli-belah di Malakat Grocer.

Kempen yang akan bermula pada 31 Julai ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 keluarga.

Pengasas Bizmilla, Noor­syarmilla Jirin berkata, untuk memperoleh manfaat daripada kempen bernilai RM5 juta itu, pelanggan perlu membeli kredit tambah nilai dalam e-wallet dan menggunakannya untuk membeli barangan harian secara fizikal di semua lokasi Malakat Grocer.

Antara cawangan pasar raya itu terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas, Pandan Mewah, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah di Melaka.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit tambah nilai itu pula, akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk ber­belanja bila-bila masa menggunakan e-wallet di aplikasi Malakat Eco,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Noorsyarmilla menjelaskan, pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members di laman web syarikat akan diberikan hadiah percuma berupa baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

“Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya.

“Mereka yang menjadi VIP Members juga akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli-belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucar makan malam dan hadiah misteri lain,” katanya

Selain itu, beliau menjelaskan, syarikat kini dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasar raya secara online yang akan menjual pelbagai jenis ke­perluan asas dan barangan ha­rian pada harga yang berpatutan.

“Bizmilla Grocer yang akan dilancarkan pada awal Ogos depan bakal memberi penjimatan daripada kos penghantaran yang ditawarkan percuma bagi pembe­lian lima kilogram dan ke bawah me­lalui pembelian di Sho­pee,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI