fbpx

Gimnas Jerman guna seragam ‘sopan’ di saingan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIMNAS Jerman mengenakan seragam penuh pada temasya kali ini sebagai simbolik memerangi gangguan seksual dalam sukan tersebut. – AFP

TOKYO – Skuad gimnastik wa­nita Jerman bakal turun dengan pakaian lebih ‘sopan’ sekali gus menamatkan tradisi di temasya Sukan Olimpik apabila memilih menggunakan seragam penuh.

Ahli gimnastik wa­nita Jerman sebelum ini mencuri tumpuan ramai dalam sesi latihan sebelum bersaing di Sukan Olim­pik Tokyo dengan penampilan yang sangat berbeza.

Tindakan atlet gimnastik Jerman tersebut dikatakan sebagai simbolik untuk memerangi gangguan seksual dalam sukan ber­kenaan.

Sejak tahun 1970-an, gimnastik wanita menggunakan pakaian unitard di Sukan Olimpik, namun barisan atlet Jerman, Elisabeth Seitz, Kim Bui, Pauline Schafer dan Sarah Voss memutuskan untuk menamatkan tradisi tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Voss, keempat-empat mereka akan mengenakan seragam berwarna merah jambu dan hitam serta berseluar panjang ketat.

“Memakai pakaian sebegini mampu membantu gimnas untuk lebih selesa, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan. Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya pakaian biasa akan terselak.

“Jadi, sebab itu kami memakai pakaian yang baharu ini untuk lebih rasa selesa dan selamat semasa pertandingan atau latihan. Rasa tidak selesa akan mengganggu fokus anda, sekali gus menjejaskan persembahan.

“Saya fikir dengan pakaian ini akan membolehkan kami memberikan perhatian semasa membuat persembahan tanpa memikirkan apa yang orang lain lihat,” kata Voss.
Tindakan gimnas Jerman itu mendapat pujian seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI