fbpx

Hafnaoui raih emas aksi sulung Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFNAOUI berjaya mengatasi cabaran perenang pilihan untuk merangkul pingat emas dalam acara 400m gaya bebas. – AFP

TOKYO – Perenang Tunisia berusia 18 tahun, Ahmed Hafnaoui tidak sangka dia mampu melakukan kejutan pada penampilan sulung di temasya Sukan Olimpik apabila menghadiah­kan emas pertama buat Tunisia dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki pagi semalam.

Meskipun pada mulanya ramai meragui kemampuan pere­nang Tunisia tersebut, namun Hafnaoui tidak gugup sekali pun terpaksa berdepan tentangan perenang pilihan dari Australia, Jack McLoughlin.

Hafnaoui menamatkan saingan dengan catatan tiga minit 43.36 saat (s) dan hanya dipisahkan 0.16s dengan McLoughlin, sementara perenang Amerika Syarikat (AS), Kie­ran Smith meraih gangsa.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini dan saya tidak mempercayainya apabila menjulang kemenangan di temasya Sukan Olimpik. Sangat luar biasa.

“Saya turun dengan tenang pada pagi ini dan hari ini saya bergelar juara Sukan Olimpik. Terima kasih kepada yang memberi sokongan kepada saya,” kata Hafnaoui.

Untuk rekod, ini kali kedua Tunisia meraih pingat emas di kolam Olimpik selepas meraih pingat yang sama buat pertama kalinya menerusi legenda mereka, Ous Mellouli pada temasya Sukan Olimpik Beijing (2008) dalam acara 1,500m.

Kejayaan Hafnaoui merupakan hadiah bermakna buat negara tersebut dan atlet berusia berusia 18 turut menjadi perenang Tunisia kedua yang layak ke pentas final Olimpik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI