fbpx

Liverpool sanggup berhabis buru Chiesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA dilihat sebagai pemain buruan utama Liverpool pada pasaran perpindahan kali ini apabila mereka bersedia mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya. – AFP

ROM – Akhbar di Itali melaporkan bahawa Liverpool telah mengemukakan tawaran berjumlah €100 juta (RM497.51 juta) untuk mendapatkan pemain te­ngah pinjaman Juventus, Federico Chiesa.

Liverpool dikatakan sa­ngat berminat untuk membawa Chiesa ke Anfield selepas dia mempamerkan aksi yang cukup cemerlang bersama Itali pada saingan Euro 2020 lalu.

Kepantasan dan kemahiran teknikal yang dimiliki oleh pemain berusia 23 tahun itu menyebabkan The Reds mengakui bahawa dia mampu menjadi aset penting pasukan itu menyebabkan mereka sanggup membuat tawaran dengan harga yang tinggi.

Bagaimanapun, tawaran yang diberikan oleh Liverpool belum cukup untuk membuat Juventus teruja apabila mereka difahamkan telah menolak bidaan tersebut.

Chiesa memiliki kontrak pinjaman di Juventus selama dua tahun dari Fiorentina dan gergasi Itali itu memiliki kelebihan untuk mendapatkan pemain itu secara kekal apabila perlu membuat bayaran sebanyak €60 juta (RM51.37 juta) sahaja.

Situasi itu menyebabkan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan Chiesa perlu me­ngadakan perbincangan bersama Juventus kerana mereka diberikan keutamaan untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dikatakan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Chiesa kerana percaya pemain itu mampu memperkuatkan formasi kegemarannya iaitu 4-3-3.

Namun, jurulatih baharu Juventus, Massimiliano Allegri difahamkan meletakkan Chiesa di dalam perancangannya untuk musim baharu nanti dan tidak bersedia melepaskannya me­nyertai pasukan lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI