fbpx

Netizen kongsi petua elak daging busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Netizen mencadangkan penduduk sebuah kawasan di Bangi yang mendakwa menerima agihan daging korban sudah busuk supaya tidak membuang daging tersebut.

Pemilik akaun Facebook Wan Abdul Aziz berkata, mereka yang menerima daging korban telah busuk boleh mengamalkan cara orang zaman dahulu.

“Ayah saya (dulu) dapat daging macam itu cucuk dengan dawai dan jemur bawah cahaya matahari panas. Biar kering seperti salai,” katanya.

Jeman Mdazman turut memberi saranan sama iaitu daging itu sepatutnya dijemur sehingga kering dan kemudian digoreng.

Pemilik akaun Facebook Siti Jamilah pula mencadangkan daging tersebut direbus sebanyak dua kali.

Menurut beliau, kaedah tersebut dapat menghilangkan bau busuk pada daging berkenaan.

Salbiah Sidek berkata, daging itu tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dibuat pekasam untuk dimakan.

“Buat daging pekasam bersama rebung dan asam keping. Jangan lupa garam,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai kecewa apabila daging korban diagihkan sebuah surau di Bandar Baru Bangi semalam tidak boleh dimakan kerana sudah berbau busuk. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI