SEREMBAN – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) telah menahan seramai 31 warga asing dalam operasi bersepadu yang dijalankan di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Senawang di sini semalam.
Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, ketika operasi dijalankan pada pukul 2.50 petang itu terdapat seramai 245 orang pekerja warga asing termasuk dari Bangladesh, Nepal, Myanmar dan beberapa warganegara lain sedang bekerja.
“Operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi termasuk JIMNS, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara dijalankan dengn kekuatan 30 anggota berdasarkan aduan orang awam.
“Hasil pemeriksaan teliti yang dilakukan, JIMNS telah berjaya menahan seramai 31 warga asing kerana didapati melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Kennith, daripada yang ditahan 30 orang merupakan pekerja warga Bangladesh manakala seorang warga India yang didapati tidak memiliki permit sah dan tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan.
“Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Depot Imigresen Lenggeng kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan juga Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 bagi tujuan siasatan dan pendakwaan,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929