KLUANG -Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Muhamad Said Jonit mengesahkan dirinya positif Covid-19 menerusi hantaran Facebook rasminya semalam.
Muhamad Said menerusi hantaran Facebooknya berkata, beliau akan dimasukkan ke wad Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk pemantauan.
“Dukacita dimaklumkan saya telah disahkan dijangkiti Covid-19 dan akan dimasukkan ke wad Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk pemantauan.
“Saya berharap bagi individu kontak rapat yang telah berjumpa dengan saya sepanjang minggu lepas dapat membuat ujian saringan Covid-19, memantau tahap kesihatan dan mengikut langkah yang disarankan oleh KKM.
“Bersama kita perangi Covid-19, tingkatkan pematuhan SOP,” katanya menerusi kenyataan itu.
Sementara itu, Muhamad Said ketika dihubungi memberitahu dia sudah membuat ujian calitan pada 21 Julai lalu di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Kluang.
“Ketika ini saya okay sudah pulih, saya sebenarnya sudah buat swab test lebih awal dan sudah dipakaikan gelang putih ketika itu,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929