fbpx

Warga emas korban pertama Covid-19 Orang Asli di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga emas dianggarkan berusia 70 tahun dari Kampung Sengsang, Pos Brooke di sini menjadi individu pertama masyarakat Orang Asli yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di daerah ini.

Penghulu kampung itu, Nasir Busu, 49, berkata, lelaki suku kaum Temiar yang juga bapa mentuanya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai petang semalam.

Katanya, kejadian itu menyebabkan 59 buah keluarga dari lima buah kampung sekitar Kampung Sengsang yang menjadi kontak rapat mangsa kini menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing sejak tiga hari lalu.

“Ini merupakan kes kematian pertama melibatkan Orang Asli di daerah Gua Musang.

“Kita semakin bimbang kerana kampung kami yang sebelum ini zon hijau semakin terdedah dengan jangkitan Covid-19,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nasir berkata, penduduk yang merupakan kontak rapat mangsa juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19, namun keputusan kebanyakan daripada mereka menunjukkan negatif daripada jangkitan.

Katanya, kesemua penduduk termasuk dirinya tidak mengetahui punca jangkitan wabak yang menjangkiti bapa mentuanya.

“Bagaimanapun, sebelum ini penduduk Orang Asli bebas bergerak kerana ramai yang bekerja di kebun sayur di Cameron Highlands, Pahang.

“Penduduk kini hidup dalam ketakutan selepas salag seorang daripada kami disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia semalam,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI