fbpx

IPD Sepang rakam percakapan tiga individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Seramai tiga individu tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini berhubung penyertaan konvoi dalam himpunan #LAWAN di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Pengesahan itu disampaikan Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah merakam percakapan ke atas tiga individu yang hadir di IPD Sepang berhubung penyertaan konvoi berkenaan.

“Bagaimanapun, kes masih lagi dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.

Terdahulu, difahamkan seramai 30 orang diarahkan hadir memberi keterangan di beberapa balai polis untuk membantu siasatan berkaitan Konvoi #LAWAN.

Dalam himpunan Konvoi #LAWAN itu semalam, sebanyak 15 kereta dan sebuah motosikal didapati berkonvoi serta mengibarkan bendera hitam sebagai tanda menyertai himpunan #LAWAN untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan di sekitar pusat bandar.

Bagaimanapun, pada Jumaat, media melaporkan pihak polis memberi amaran kepada individu yang terlibat dengan kempen berkenaan supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kes disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI