fbpx

Perenang 18 tahun hadiahkan emas sulung buat Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmed Hafnaoui lakukan kejutan sumbang pingat emas buat Tunisia - AFP

TOKYO – Perenang Tunisia berusia 18 tahun, Ahmed Hafnaoui melakukan kejutan pada penampilan sulung di temasya Sukan Olimpik apabila menghadiahkan emas pertama buat Tunisia dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki sebentar tadi.

Meskipun pada mulanya ramai meragui kemampuan perenang Tunisia tersebut namun Hafnaoui tidak gugup meskipun berdepan tentangan perenang Australia, Jack McLoughlin.

Hafnaoui menamatkan saingan dengan catatan 3 minit 43.36 saat (s) dan hanya dipisahkan 0.16s dengan McLoughlin. Sementara itu, perenang Amerika Syarikat (AS), Kieran Smith meraih gangsa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI