fbpx

Uji antibodi jika rasa disuntik vaksin kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penerima vaksin boleh membuat ujian ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ sekiranya merasa gelisah dan terpedaya menerima suntikan vaksin kosong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ujian tersebut boleh dibuat di makmal-makmal perubatan yang berlesen.

“Bagi penerima-penerima vaksin yang merasa gelisah dan terpedaya dengan tidak disuntik dengan vaksin, mereka boleh membuat ujian tersebut di makmal-makmal perubatan yang berlesen.

“Ujian tersebut boleh dilakukan selepas sebulan (30 hari) menerima suntikan dos kedua untuk mengesahkan keberadaan antibodi di dalam badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, ekoran kenyataan media yang dikeluarkan semalam, polis masih menerima banyak pertanyaan dan aduan berkenaan perasaan gelisah oleh penerima vaksin Covid-19.

“Sekiranya penerima-penerima vaksin mengesyaki menerima suntikan kosong, mereka boleh membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah akan membuka kertas inkuiri untuk menyiasat aduan tersebut.

“Bagi kejadian berlakunya penawaran palsu atau penipuan penjualan vaksin di pasaran dan secara dalam talian atau sebarang usaha penjualan vaksin yang bukan mengikut pelan imunisasi Covid-19 kebangsaan, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada pihak polis.

“Siasatan akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sehingga kini, PDRM masih belum lagi mengesan mana-mana sindiket atau individu yang disyaki cuba menjual atau cuba memasarkan vaksin-vaksin kepada orang ramai secara rahsia atau sebaliknya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI