fbpx

Pogba tolak tawaran baharu Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA mungkin terpaksa dijual oleh United kali ini untuk mereka mengelak daripada risiko kehilangannya secara percuma musim depan. – AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United dilaporkan hampir pasti akan meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan kali ini selepas menolak tawaran kontrak baharu yang dikemukakan oleh pasukan itu.

United mengemukakan tawaran berjumlah £50 juta (RM290.62 juta) untuk memastikan Pogba terus kekal selepas dia hanya mempunyai baki semusim sahaja lagi di Old Trafford untuk perjanjian sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak bersedia untuk menandatangani perjanjian baharu menyebabkan United perlu menjualnya pada jendela perpindahan kali ini untuk mengelak mereka kehilangan khidmatnya secara percuma pada musim panas tahun hadapan.

Paris Saint-Germain menjadi salah satu pasukan yang mendambakan khidmat Pogba selain mereka mampu untuk memberikan gaji yang lebih lumayan dan mereka mungkin akan memaksa United menjual pemain itu dengan harga sekitar £43 juta (RM249.93 juta).

Jumlah berkenaan menyebabkan United terpaksa menanggung kerugian yang agak besar selepas mereka membawa pulang Pogba ke Old Trafford de­ngan nilai £89 juta (RM517.30 juta) pada 2016.

United membawa masuk Donny Van De Beek musim lalu sebagai persediaan sekiranya mereka kehilangan Pogba selain beberapa nama lain seperti Leon Goretzka, Saul Niguez, Piotr Zielinski dan Declan Rice dikaitkan de­ngan pasukan itu kali ini juga adalah langkah persediaan untuk mengisi bahagian tengah yang mungkin ditinggalkan oleh pemain itu . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI