PETALING JAYA – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada PLUS di Persimpangan Bertingkat Subang, Kilometer 15, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) akan beroperasi mulai Isnin ini.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, pembukaan PPV adalah melalui kerjasama syarikat itu dan Primer Cherang akan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.
“Ini adalah merupakan PPV pertama dikendalikan oleh sebuah syarikat pengendali lebuh raya dengan kerjasama Klinik Primer Cherang dalam usaha menyokong langkah Kerajaan mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat.
“Seramai 150 petugas kesihatan diketuai oleh Klinik Primer Cherang dan sukarelawan akan ditempatkan di sini dan dijangkakan sebanyak 2,000 dos suntikan vaksin dapat diberikan setiap hari dalam mencapai objektif imuniti berkelompok,” katanya di sini hari ini.- K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929