fbpx

Hampir setahun kahwin, Mira Filzah tak sambung baki empat majlis resepsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA dan Emir sebenarnya belum sempat mengadakan majlis resepsi belah pengantin lelaki gara-gara pelaksanaan PKP.

PETALING JAYA – Walaupun sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga, namun pelakon Mira Filzah dan suami masih berbaki empat majlis resepsi yang belum sempat diadakan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mira, 28, berkahwin dengan arkitek, Wan Emir Astar, 31, pada 3 September tahun lalu hanya sempat mengadakan dua buah majlis resepsi untuk belah pengantin perempuan beberapa hari kemudian.

Perkara berkenaan dikongsikan Mira menerusi Instagram bagi menjawab soalan daripada seorang pengikut yang bertanya adakah dia masih ada keinginan untuk melunaskan majlis resepsi yang berbaki.

“Sebenarnya ada empat lagi majlis yang tak buat. Semuanya belah Emir. Belah saya, alhamdulillah selesai. Majlis khatam al-Quran, akad nikah dan dua buah resepsi.

“Belah Emir, masa itu tinggal beberapa hari saja lagi tapi dah PKP pada pertengahan Oktober. Ya, 14 Oktober PKP dikuatkuasakan semula,” katanya.

Jika diikutkan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu sudah pun menyiapkan persiapan untuk resepsi belah pihak lelaki iaitu empat persalinan baju.

Tidak kecewa, Mira bagaimanapun percaya bahawa ada hikmah tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.

“Tak mengapa! Ada hikmah. Saya rasa ramai bakal pengantin yang tunda majlis berkali-kali sepanjang tahun lalu. Tapi saya bersyukur, sekurang-kurangnya majlis belah saya sudah selesai semuanya,” katanya.

Menjawab persoalan diajukan peminatnya, Mira mengakui dia tidak akan menyambung perancangan tertundanya untuk mengadakan majlis resepsi belah suami.

“Tak sambung kot. Entahlah. Dah nak masuk ulang tahun perkahwinan dah ni. Keadaan pun tak sesuai,” jelasnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI