fbpx

Pelabuhan Tripoli ganti Beirut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIPOLI – Bandar pelabuhan utara Lebanon, Tripoli sedang bersiap sedia untuk berperanan sebagai pangkalan sementara bagi menggantikan Beirut yang musnah akibat insiden letupan besar pada minggu lalu, menurut pihak berkuasa hari ini.

Kapasiti pelabuhan Tripoli adalah lebih kecil berbanding saiz pelabuhan di ibu negara Lebanon, berperanan sebagai lokasi transit sumber makanan dan bahan import lain.

Satu kejadian kebakaran di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu dikaitkan dengan simpanan stok bahan kimia ammonium nitrat dalam kuantiti besar turut mengakibatkan letupan luar biasa yang meranapkan sebahagian besar bandar itu serta meragut 171 nyawa.

Selepas kejadian bencana itu, Majlis Pertahanan Agung Lebanon mengarahkan pelabuhan Tripoli bersiap sedia untuk ‘operasi import dan eksport’.

“Pelabuhan Tripoli boleh menggantikan Beirut bagi satu tempoh sementara, sehingga pelabuhan (Beirut) kembali beroperasi semula,” kata Pengarah Pelabuhan Tripoli, Ahmad Tamer kepada agensi berita AFP.

Beberapa pelabuhan kecil seperti di Saida dan Tyre boleh menyumbang ke arah usaha tersebut tetapi terbatas akibat faktor kapasiti selain tidak membenarkan kapal-kapal laut bersaiz besar untuk berlabuh.

Lebanon bergantung kepada 85 peratus sumber import bahan makanan yang diperlukan dan Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pernah memberi amaran bahawa kemusnahan pelabuhan utama boleh memburukkan lagi keadaan semasa di Lebanon.

Ahmad berkata, sebanyak tujuh kapal yang dalam perjalanan ke Beirut pada hari tragedi diarah mengubah laluan ke pelabuhan Tripoli untuk menurunkan kargo bekalan.

Beliau berkata, sebelum letupan berlaku, pelabuhan Tripoli hanya beroperasi pada kadar 40 peratus dengan mengendalikan 2 juta tan bahan import setahun. Pelabuhan itu mampu menguruskan kapasiti import maksimum 5 juta tan metrik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI