fbpx

KDA FC mohon maaf perlawanan ditangguh pemain positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan akhbar KDA hari ini.

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC akur dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menunda perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Darul Aman di sini yang dijadualkan berlangsung malam ini ke satu tarikh baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya sebagai tuan rumah perlawanan itu memohon maaf atas segala kesulitan berlaku.

“Kami ingin memohon maaf terutamanya kepada pasukan Penang FC yang difahamkan telah tiba awal di Alor Setar pada petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, penundaan perlawanan dibuat selepas dua pemain skuad Helang Merah itu didapati positif Covid-19.

“Selaras dengan keputusan yang dikeluarkan oleh MFL, tindakan itu adalah bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran Liga Super,” ujarnya. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI