fbpx

Hospital Putrajaya tumpu rawat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Putrajaya

PUTRAJAYA – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya di sini masih beroperasi dan memberi tumpuan penuh kepada kes kemasukan pesakit  Covid-19  yang tinggi ketika ini.

Pengarah Hospital Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini berkata, tumpuan juga diberikan kepada kes-kes kritikal lain.

“Hospital itu juga menyediakan katil dan ruangan rawatan tambahan bagi menampung keperluan berkenaan,” katanya di sini.

Kenyataan Hospital Putrajaya itu merujuk kepada mesej tular di media sosial yang mendakwa Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu tidak menerima pesakit kerana ditutup.

Mesej yang tular itu turut memaparkan gambar katil tambahan di ruangan berdekatan Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

Dalam kenyataan itu, pengurusan Hospital Putrajaya juga menasihatkan pesakit bukan kecemasan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran bagi mengekang penularan wabak Covid-19. -K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI