fbpx

40 kediaman rosak dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohamed Khozani (kanan) menceritakan kejadian pokok bacang menghempap rumahnya kepada ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim hari ini.

PASIR PUTEH – Sebanyak 40 buah rumah di lapan buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini rosak teruk dalam kejadian ribut dan hujan air batu, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, penduduk di mukim Sungai Petai, Gong Pasir, Gong Cokoh, Gong Kala, Gong Tinggi, Pulau Lima, Tebing Tinggi dan Gong Kua terjejas apabila bahagian atap rumah mereka dihempap pokok besar.

Seorang petani di Kampung Sungai Petai, Wan Mohamed Khozani Wan Yusoff, 58, berkata, dia sempat menyelamatkan tiga anaknya yang sedang tidur sebelum sebatang pokok bacang berusia hampir 100 tahun tumbang dan menghempap bilik tidur mereka.

Menurutnya, kejadian ribut itu berlaku dalam tempoh 30 minit dengan tiupan angin kencang diselangi hujan air batu dan ia tidak pernah terjadi sejak 22 tahun dia tinggal di kampung itu.

“Isteri, Salmiah Abdul Rahman, 60, mengejutkan saya yang sedang tidur apabila melihat keadaan angin yang luar biasa sehingga menggegarkan alang rumah dengan bunyi bising ketulan air batu yang menimpa atas atap rumah.

“Kami sekeluarga hanya mampu berlindung di bahagian ruang tamu rumah. Nasib baik batang pokok itu tumbang dan menimpa bahagian tepi dinding stor manakala dahannya jatuh pada sebahagian atap rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Seorang peniaga pasar malam, Wan Mohd. Amin Syafuan Wan Othaman, 38, pula berkata, sebahagian atap ruang bilik tidurnya rosak teruk selepas dihempap dahan pokok mempelam yang tumbang di belakang rumahnya.

Sebelum ini, sebanyak 40 buah rumah di lima kampung dalam kawasan DUN Limbongan di sini telah mengalami kerosakan selepas dipukul ribut dan hujan air batu petang Rabu lalu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI