fbpx

‘Operasi Selayang’ tangani kes Covid-19 di Lembah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) mengenal pasti  tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani isu berkaitan peningkatan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital dan beban pada sistem penjagaan kesihatan di Lembah Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong berkata, strategi pertama ialah Hospital Selayang ditukarkan sepenuhnya menjadi hospital Covid-19 bagi  kawasan Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, pesakit bukan Covid-19 di hospital berkenaan dipindahkan ke hospital swasta di wilayah tersebut untuk meningkatkan kapasiti katil pesakit Covid-19 yang berada dalam kategori tiga hingga lima.

“‘Operasi Selayang’ telah dimulakan dan akan selesai dalam masa 48 jam untuk menyediakan sebanyak 450 katil bagi kegunaan pesakit Covid-19,” katanya.

Chee Kheong yang juga ketua pasukan petugas khas itu berkata, strategi kedua ialah memberikan perhatian penuh bagi memastikan jangkaan keperluan bekalan oksigen, ubat-ubatan dan bekalan lain tidak terganggu.

Katanya, ujian Covid-19 akan lebih mengutamakan individu yang bergejala, namun, semua kes simptomatik Covid-19 masih perlu dinilai sama ada secara dalam talian ataupun secara fizikal di  Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI