fbpx

24 kontena kertas terpakai dihantar pulang ke Kanada, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kontena berisi bahan buangan kertas yang diimport dari Kanada dan AS yang ditemui di NBCT, semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 24 kontena yang tiba di Terminal Kontena Butterworth Utara di Butterworth di sini yang mengandungi bahan buangan kertas diarah membawa pulang semula ke negara asal selepas didapati cuba dilupuskan di negara ini tanpa kebenaran.

19 konten dari Kanada dan lima dari Amerika Syarikat itu ditemui semasa pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar semalam.

Menurut Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, siasatan pihaknya mendapati pengimport kontena itu tidak mempunyai fasiliti penerima yang memiliki lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta tiada lesen pengilang daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Jelasnya, kegagalan pengimport mendapatkan kelulusan terlebih dahulu di premis penerima boleh membawa implikasi negatif seperti kemungkinan berlaku pelupusan dan pemprosesan sisa secara haram, pembakaran terbuka serta pelbagai masalah lain.

“Proses kitar semula di premis haram juga boleh menyebabkan isu pencemaran serius memandangkan operasi kitar semula kertas terpakai memerlukan kuantiti air yang banyak sehingga 45 meter padu air bagi setiap satu tan metrik kertas.

“Ia juga akan menghasilkan air sisa atau efluen yang banyak serta boleh mencemarkan parit dan sungai jika tidak dirawat terlebih dahulu.

“Mengikut perundangan, efluen perindustrian perlu dirawat terlebih dahulu sehingga mematuhi had piawaian yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 sebelum dilepaskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI