fbpx

RM5 juta bantu mangsa ribut di Tanjung Sedili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (duduk kiri) melawat mangsa bencana ribut di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili, dekat sini hari ini. /FOTO MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Kerajaan Johor memperuntukkan sehingga RM5 juta bagi membantu mangsa yang terjejas teruk akibat kejadian ribut di Tanjung Sedili, di sini semalam.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, menerusi jumlah itu, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM5,000 hingga RM15,000 untuk setiap keluarga berdasarkan kerosakan harta benda termasuk rumah.

Katanya, dalam kejadian melibatkan 291 mangsa dari tujuh buah kampung itu pelbagai bentuk bantuan disediakan dan digerakkan dan sebagai permulaan setiap keluarga akan menerima bantuan wang tunai RM1,000.

Menurutnya, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mangsa.

“Selain bantuan makanan, penyediaan tempat tinggal sementara kerana kita tahu dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini kita mungkin ambil masa yang panjang untuk program baiki rumah-rumah terjejas.

“Jadi mereka akan ditempatkan sementara mungkin pegawai daerah selaku pengerusi bencana daerah akan kenal pasti tempat tinggal sementara sama ada di rumah inap desa atau tempat yang boleh mereka diletakkan sementara tunggu rumah mereka dibaiki.

“Untuk tujuan pembaikan rumah tersebut kerajaan negeri setuju sediakan perutukn RM5,000 hingga RM15,000 setiap rumah. Saya yakin dan percaya peruntukan RM4.5 hingga RM5 juta disediakan untuk tujuan membantu mereka yang terjejas bencana ribut ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa bencana ribut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Setia Jaya, Tanjung Sedili, di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI