fbpx

Tiga lelaki ditahan miliki permit pergerakan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Tiga lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Subang Hi-Tech di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis daripada unit kereta peronda (MPV) telah melihat sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan pada pukul 6 petang.

“Pemandu kereta itu diarahkan untuk berhenti namun terus memecut laju melarikan diri.

“Polis telah berjaya menahan kenderaan itu di Jalan Delima 1/1 Subang Hi-Tech di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan berjaya menemui satu dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada nombor siri yang didaftarkan.

“Kita juga menemui dua borang kosong permit pergerakan yang disyaki dicop sebuah balai polis serta beberapa helai salinan borang tersebut. Kita syak borang tersebut dipalsukan.

“Kita masih belum menerima pengesahan ketulenan borang permit pergerakan dari balai polis berkenaan,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek berusia 19 hingga 23 tahun itu dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut. Pemandu kereta dibebaskan dengan jaminan polis manakala dua lelaki warga asing direman 14 hari bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI