fbpx

6,000 mohon rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail ketika meninjau Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen menerima 6,000 permohonan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) untuk rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura sejak dibuka pada Isnin lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, sehingga hari ini juga pihaknya menerima 180 permohonan untuk Laluan Hijau Timbal Balik (RGL).

Pembukaan rentas sempadan menerusi RGL yang membabitkan perjalanan rentas bagi tujuan perniagaan dan rasmi manakala PCA pula bagi pemegang pas imigresen jangka panjang di kedua-dua negara tersebut.

Katanya, kuota kedua-dua permohonan itu didapati sudah penuh untuk tempoh tiga hari.

“Hal ini memandangkan kuota permohonan harian bagi PCA ditetapkan sebanyak 2,000 manakala RGL pula adalah 60.

“Keputusan permohonan merentas sempadan hanya diketahui sehari sebelum mereka memulakan perjalanan yang akan dimaklumkan menerusi emel,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat untuk memeriksa prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan awam Covid-19 untuk pembukaan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Pergerakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura menerusi RGL dan PCA dijangka dibuka seawal 17 Ogos ini.

Sebagai permulaan, mereka yang layak boleh menghantar permohonan masing-masing mulai Isnin lalu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI