fbpx

Berkebun terapi rindu anak, isteri di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sapari (tiga dari kanan) bersama sebahagian ahli Koperasi Wawasan Tuan Sheh Tanjung Sedili Kota Tinggi Berhad di kebunnya di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki di Kampung Tuan Sheh, Tanjung Sedili di sini yang terpisah dengan keluarganya di seberang tambak ekoran Covid-19 melanda dunia tidak mahu menjadikan jarak sebagai penghalang untuk membuatkan anak dan isterinya bangga.

Sapari Sarman, 54, berkata, kini hampir dua tahun dia tidak dapat bertemu dengan anak juga isteri dan hanya berhubung me­lalui telefon setiap hari.

Katanya, dia sebelum ini be­kerja di syarikat pengangkutan di Pasir Gudang kemudiannya berhenti selepas syarikatnya berpindah ke Pahang, dalam masa sama tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga ekoran penutupan sempadan negara.

“Jika sebelum ini sebulan tiga empat kali kami berjumpa. Setiap minggu isteri masuk Malaysia, saya pula akan pulang ke Singapura untuk melihat anak isteri.

“Keadaan sekarang amat berbeza bila hampir dua tahun tidak berjumpa, memang sedih. Jadi bila syarikat berpindah ke Pahang saya nekad berhenti kerja ketika itu dan pulang ke kampung kerana tidak dapat balik ke Singapura.

“Bila berada di kampung, bagi saya sudah tiba masanya saya menabur bakti kepada orang kampung melalui Koperasi Wawasan Tuan Sheh Tanjung Sedili Kota Tinggi Berhad (KOTS) ini. Daripada dahulu kawasan ini agak terbiar kini Alhamdulillah telah dipenuhi dengan pelbagai tanaman,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia yang juga merupakan pengurus di kebun seluas empat hektar itu berkata, apa yang lebih penting usaha dilakukan dengan kerjasama penduduk itu dapat diperlihatkan kepada anak iste­rinya setiap hari.

Katanya, saban hari dia akan berkongsi cerita akan perkembangan di kebun sehingga membuatkan keluarganya dari jauh merasa teruja.

“Di sini kami ada pelbagai ta­naman antaranya keledek jepun, terung, kacang panjang, nurseri juga mengusahakan ternakan lembu dan kambing,” ujarya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI