fbpx

Berhenti pelbagai sebab, bukan semata-mata ‘burn out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berucap pada sidang akhbar Program Outreach Vaksinasi PKPD Pangsapuri Sri Ayu. - foto : AMIR KHALID

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Selangor mencatatkan seramai 163 pegawai perubatan meletakkan jawatan sejak Januari lalu dengan pelbagai sebab termasuk mendapatkan pendapatan yang lebih menarik.

Pengarah Kesihatannya, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya mendapati punca perletakan jawatan pegawai terbabit bukan semata-mata beban kerja tetapi pelbagai sebab yang direkodkan.

“Seperti sekarang ini, pegawai yang berhenti kerana mahu mendapatkan emolumen lebih dengan menyertai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan ada yang mahu berkhidmat di klinik keluarga mereka bagi meneruskan perniagaan keluarga masing-masing.

“Malah beberapa pegawai yang saya sendiri berjumpa, mereka bertukar profesion dan ada yang jadi jurugambar kerana sudah tidak minat dengan kerjaya sebelum ini malah ada juga yang buka kedai komputer kerana mendapat pendapatan tiga kali ganda,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd. Shafiq Abdullah dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Shafiq berkata, berdasarkan rekod sejak 2014 sehingga yang teraharu, seramai 900 pegawai meletak jawatan atas pelbagai sebab yang dilihat bukanlah trend yang tinggi.

“Kita di KKM berpandangan pegawai perubatan sedia ada akan terus setia dengan KKM malah dengan tawaran baharu Perdana Menteri akan terdapat penambahbaikan termasuk jawatan tetap yang akan dilaksanakan,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI