KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak tidak terpengaruh dengan ajakan atau seruan pihak-pihak tertentu untuk berhimpun dan berkonvoi di ibu negara esok.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya turut mengingatkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuat kuasa.
“Sebarang perhimpunan dan aktiviti sosial adalah dilarang sama sekali.
“Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat berlandaskan kepada undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata Mohamad Zainal, tindakan kompaun juga boleh diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster yang memaparkan perkataan konvoi dengan tanda pagar #LAWAN pada pukul 3 petang esok. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929