fbpx

Sebanyak 66 premis langgar SOP diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

PETALING JAYA – Sebanyak 66 buah premis melibatkan 16 kilang, 49 premis perniagaan dan sebuah tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19 semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu diambil semasa Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 78,021 pemeriksaan dan “snap check” Covid-19 di seluruh negara dengan kekuatan seramai 18,210 anggota.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,756 buah kilang, 16,010 premis perniagaan, 776 tapak pembinaan dan 256 buah asrama penempatan pekerja” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI