fbpx

Depay tak sabar jumpa Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY menyertai Barcelona secara percuma selepas kontraknya bersama Lyon berakhir. – AFP

BARCELONA – Penyerang baharu Barcelona, Memphis Depay sudah tidak sabar untuk bergandingan dengan Lionel Messi dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan gergasi Sepanyol itu selepas ini.

Depay, 27, diperkenalkan buat kali pertama sebagai pemain dengan memakai jersi Barcelona sambil diiringi presiden kelab itu, Joan Laporta di Camp Nou malam kelmarin.

“Messi adalah legenda dan pemain terbaik di dunia. Anda sendiri dapat melihat apa yang telah dilakukannya di Copa America (bersama Argentina). Saya sangat teruja untuk bergandingan bersama-samanya.

“Dia boleh melakukan apa sahaja dengan bola disebabkan kualitinya yang tinggi. Saya merasakan tiada seorang pun di dunia ini tidak mahu beraksi bersama pemain hebat seperti Messi,” kata Depay.

Bintang skuad antarabangsa Belanda itu juga percaya Messi akan menandatangani kontrak lima tahun yang diuar-uarkan walaupun perjanjian semasanya bersama The Catalans sudah tamat pada 30 Jun lalu.

Sebagai rekod, Depay me­nyertai Barcelona secara percuma daripada Lyon untuk be­kerjasama semula dengan ketua jurulatih pasukan itu, Ronald Koeman yang pernah dilantik sebagai pengendali Belanda sebelum ini.

Bagaimanapun, nama Depay dan Messi dipercayai masih belum didaftar secara rasmi sebagai pemain Barcelona memandang­kan kelab itu sedang bergelut dengan peraturan kewangan baharu ditetapkan La Liga.

The Catalans dilaporkan ter­desak mahu melepaskan ramai pemain untuk mengurangkan bayaran gaji mereka yang kini sudah melepasi 40 peratus had yang dibenarkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN