RANTAU PANJANG – Penduduk di Kampung Banggol Merbol, Gual Sitok di sini dikejutkan dengan fenomena hujan air batu hari ini.
Difahamkan kali terakhir fenomena hujan air batu itu berlaku 20 tahun lalu.
Fenomena itu diakui oleh penduduk Muhamad Zailani Che Awang, 42, yang menyifatkan kejadian itu sebahagian bukti kekuasaan Allah.
“Saya cukup bertuah apabila diberikan kesempatan untuk melihat sendiri kejadian ini sekali lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Muhamad Zailani memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 4.15 petang tadi.
Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan penduduk di Tanah Merah digemparkan dengan fenomena hujan air batu yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929