fbpx

Orang Selangor jangan degil – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar kekecewaan orang ramai apabila kes positif Covid-19 berterusan mencatatkan rekod baharu.

PETALING JAYA – Orang ramai mula meluahkan ketidakpuasan hati apabila kes positif Covid-19 semakin meningkat dengan angka baharu hari ini mencatatkan sebanyak 15,573 kes dengan Selangor sebagai penyumbang utama iaitu 7,672 kes.

Sebelum ini ramai yang berjenaka untuk mengeluarkan Selangor daripada graf kes kumulatif malah ada yang mencadangkan agar negeri tersebut dikeluarkan dari Malaysia namun hari ini komen yang ditinggalkan nampak lebih serius dan berbentuk keluhan serta arahan.

Tinjauan di ruangan komen ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mendapati, rata-rata pengguna Twitter menyeru agar penduduk Selangor kekal di rumah dan jangan berdegil memandangkan kes positif sudah terlalu tinggi di negeri itu.

“Tolonglah orang Selangor, duduk di rumah sahajalah, jangan lah berdegil nak ke sana ke sini. Tolonglah,” rayu seorang pengguna dengan nama @simbu1995459.

“Apa sudah jadi ni, kenapa makin naik? Sepatutnya turun ini makin naik pula,” soal pengguna dengan nama Sahakwahab.

Dalam pada itu, seorang pengguna dengan nama @hanief_ramli turut berkongsikan pandangan agar Selangor dikenakan penutupan penuh dalam usaha melandaikan kes positif yang semakin meningkat di negeri itu.

“Tutup Selangor tu tak boleh ke? Buat ‘full lockdown’ Selangor je bagi kes turun.

“Memanglah takkan menghilangkan Covid-19 tapi pasti dapat kurang jangkitan berlaku di sana yang asyik bertambah setiap hari,” ciapnya.

Sementara itu, seorang pengguna dengan nama Wan Rongak berkata tidak mustahil suatu hari nanti tiada lagi rakyat dan hanya tinggal menteri sahaja di Malaysia.

“Malaysia boleh jadi negara pasir berdengung dah tak lama lagi ni aku rasa. Rakyat dah tiada tinggal menteri dan raja sahaja yang ada,” luahnya.

Untuk rekod, sebanyak 11,985 kes positif dilaporkan kelmarin yang kemudiannya meningkat kepada 13,034 semalam dan mencecah ke angka 15,573 hari ini sekaligus memecah rekod tertinggi kes positif Covid-19 negara dengan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 980,491 kes. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI