fbpx

Warga emas terjatuh laut ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di pantai hadapan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas maut akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

Komander Operasi dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.08 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an terapung-apung pada jarak 10 meter dari tebing.

“Anggota bomba bertindak membawa naik mayat mangsa ke tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut memberitahu, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 1.40 petang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI