fbpx

Tiga kit ujian kendiri Covid-19 kini boleh dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sudah memperakui kit ujian kendiri Covid-19 yang diberi kelulusan bersyarat pada 21 Julai lalu untuk diimport dan diedarkan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kit berkenaan kini sudahpun boleh dijual di semua farmasi komuniti berdaftar atau premis fasiliti kesihatan yang terdapat di negara ini.

“Mereka yang buat ujian kendiri itu bagaimanapun perlu memasukkan segera hasil keputusan diterima menerusi aplikasi MySejahtera sama ada negatif, positif atau status invalid,” katanya dalam sidang akhbar secara maya Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kit ujian air liur itu kesemuanya menggunakan kaedah RTK-Antigen yang dipasarkan Reszon Diagnostics International Sdn. Bhd., Citymedic Sdn. Bhd. dan Medinics (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Ia juga boleh digunakan pihak berkuasa di pintu masuk antarabangsa negara kita selain bagi kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi tempatan atau sekatan jalan raya,” kata Adham.

Malah, beliau berkata, kit berkenaan sesuai untuk saringan pesalah yang ditangkap polis atau pendatang asing tanpa izin diberkas imigresen kerana hasil ujian diperoleh terus di lapangan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI