fbpx

Ibu mengaku tidak salah abai dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SELAYANG – Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dua anak perempuan kandungnya Jun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua wanita itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap dua anak perempuan kandungnya masing-masing berusia dua dan tiga tahun telah mengabaikan mereka tanpa pengawasan dan penjagaan sehingga kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal pada badannya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1(A) Akta Kanak-kanak  2001 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan dan tertuduh juga tidak diwakili peguam.

Hakim Nor Rajiah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain tertuduh pada masa sama tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Tarikh 6 September ini ditetapkan sebutan semula kes dan laporan perubatan kedua-dua kanak-kanak itu.

Sebelum ini media melaporkan,  dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun ditemui dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan di Taman Samudera.

Mereka ditemui orang awam pukul 1 tengahari apabila melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan. K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI