PUTRAJAYA – Bagi mengelak keraguan berhubung isu vaksin kosong, petugas kesihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) diarahkan supaya menunjukkan picagari yang sudah diisi kandungan vaksin kepada penerima sebelum disuntik.
Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa sama, penerima vaksin juga dibenarkan merakam video suntikan vaksin masing-masing.
“Kebenaran itu diberikan supaya anda dan kami ada bukti jelas bahawa suntikan itu berlaku dengan sempurna.
“Kebenaran ini daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929