fbpx

25 lelaki Bangladesh mengaku bersalah berkumpul malam Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seramai 25 lelaki warga Bangladesh masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah berhimpun semasa Perintah Kawalan Pergerak (PKP) pada Hari Raya Aidiladha, Selasa lalu.

Kesemua tertuduh berusia 23 hingga 41 tahun tersebut sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Hakim turut memerintahkan kesemua tertuduh yang bekerja sebagai buruh binaan itu menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan dengan cara berhimpun bersama orang-orang lain bagi maksud sosial di dalam premis merupakan kawasan tempatan jangkitan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat 73-6-12, Taman Desa Mutiara Indah, Batu Maun di Bayan Lepas dekat sini kira-kira pukul 9 malam pada Selasa lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan P.U. (A) 293/2021.

Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid, manakala 21 tertuduh yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah diwakili peguam dilantik majikan mereka, Muhammad Arif Shaharuddin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI