fbpx

Tak mengaku bersalah bakar kereta ahli keluarga isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Pilah semalam. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen, di sini, atas dua pertuduhan membabitkan khianat dengan api sehingga menyebabkan dua buah kenderaan terbakar dalam kejadian di rumah ibu mertuanya di Kampung Indah, Jempol 12 Julai lalu.

Tertuduh, M Devandran, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kira-kira pukul 6.45 pagi di Lorong 11, Kampung Indah, Jempol, tertuduh telah melakukan khianat dengan api terhadap kereta jenis Proton Satria dengan membakar tilam yang berada di atas bonet belakang kereta.

Manakala, pertuduhan kedua pula, kira-kira pukul 6.45 pagi di Lorong 11, Kampung Indah, Jempol, tertuduh telah melakukan khianat dengan api terhadap kereta jenis Perodua Kancil dengan membakar menggunakan petrol.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan khianat dengan api atau apa-apa benda letupan dengan maksud hendak menyebabkan atau dengan mengetahui mungkin dia akan menyebabkan kerosakkan kepada apa-apa harta yang bernilai sebanyak RM50 atau lebih.

Jika sabit kesalahan tertuduh bakal berhadapan hukuman penjara selama tempoh yang boleh hingga 14 tahun dan dikenakan denda.

Norma menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi dua pertuduhan berkenaan dan sekiranya gagal membayar jaminan, tertuduh akan di hantar ke Penjara Jelebu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Christhoper Enteri Anak Mawan dan hakim memutuskan 23 Ogos ini untuk Sebutan Lantikan Peguam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI