fbpx

Geran mudah bantu pengusaha pelancongan Tasik Kenyir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rumah bot yang tidak dapat beroperasi ekoran penutupan sektor pelancongan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berhasrat memperkenalkan skim geran mudah bagi membantu pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya Ketengah, Datuk Razali Idris berkata, pemberian geran mudah tersebut bertujuan membantu pengusaha pelancongan berkenaan bangkit semula dalam perniagaan mereka.

“Selain moratorium dan bakul makanan, sebelum ini kita telah bagi bantuan secara sekali bayar kepada pengusaha pelancongan di sini untuk membaik pulih bot, rumah bot atau rumah rakit mereka.

“Begitupun, sekiranya PKP ini terus berlanjutan, kita tidak tolak kemungkinan menyediakan geran mudah kepada mereka bagi membantu menyusun semula perniagaan yang kini begitu terjejas teruk dan mengalami kerugian besar,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali memaklumkan perancangan dalam kalendar aktiviti Tahun Melawat Kenyir(TMK) 2021 akan diteruskan sebaik sahaja gelombang pelancongan dibenarkan beroperasi kelak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI