fbpx

Laman web PKRC Covid-19 diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meor Ismail (tengah) bercakap pada sidang akhbar secara dalam talian mengenai pengaktifan laman web PKRC Maeps 2.0, hari ini.

PUTRAJAYA – Laman web Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu  Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps 2.0) diaktifkan bagi menjawab aduan daripada orang awam dalam tempoh 24 jam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Meor Ismail Meor Akim berkata, laman yang diaktifkan pada 1 Julai lalu itu juga memudahkan orang ramai membuat rujukan bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat.

Beliau berkata, orang ramai boleh melayarinya melalui www.pkrcmaeps.gov.my di mana ia menyalurkan informasi terkini setempat yang tepat dan sahih mengenai pengoperasian PKRC Bersepadu Maeps 2.0 kepada masyarakat umum.

“Perkhidmatan ini dikawal selia oleh petugas dari Maeps Covid Centre Kementerian Kesihatan (MCCK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertauliah dan berpengalaman mengendalikan pusat khidmat pelanggan.

“Laman web ini menyediakan panduan kepada pesakit dan waris, penyampaian maklumat yang konsisten serta juga sebagai bahan rujukan pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar secara atas talian, hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI