fbpx

Dua bekas YDP ditahan makan suap lebih 1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketiga-tiga suspek termasuk dua bekas YDP Majlis Perbandaran di Selangor dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan.

Sumber berkata, kedua-dua YDP itu yang kini memegang jawatan Pegawai Daerah (DO) ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini  lewat malam tadi.

Menurutnya, kontraktor yang terlibat juga turut ditahan bagi membantu siasatan kerana merasuah kedua-dua suspek bertujuan membolot projek-projek yang ditawarkan di dua majlis perbandaran yang diketuai kedua-dua YDP tersebut.

“Kontraktor berusia 42 tahun itu dipercayai mengawal 16 syarikat yang didaftarkan atas nama saudara dan pekerja-pekerja beliau bagi mendapatkan projek.

“Dianggarkan projek-projek yang dimonopoli suspek mencecah jutaan ringgit sejak 2018 hingga 2021,” katanya.

Sumber berkata, bagi setiap projek itu, kedua-dua bekas YDP tersebut menerima habuan rasuah sebanyak lima peratus daripada nilai projek.

Selain itu, pelbagai bentuk suapan diberikan kepada kedua-dua suspek termasuk sebuah rumah bernilai RM1 juta, wang RM500,000 dan pakej pelancongan ke Eropah bagi meluluskan kebenaran merancang dan pembangunan milik sebuah syarikat pemaju perumahan.

“Beberapa siri serbuan telah dibuat di sekitar selangor sejak awal pagi semalam,” ujarnya.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan.

Tiga suspek itu dibawa ke Mahkamah Putrajaya pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI