PORT DICKSON – Bedah siasat ke atas mayat pembantu pegawai farmasi di sini semalam mendapati lelaki itu meninggal dunia akibat serangan jantung atau coronary artery trombosis.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, bedah siasat telah dijalankan pada pukul 4 petang semalam oleh Dr. Mohd. Syafiq Mohd Zamani dan tiada sebarang perlakuan atau unsur jenayah yang berlaku dalam kes kematian mangsa.
“Kes kematian ini disiasat sebagai mati mengejut. Sementara itu, tiga petugas yang pengsan sebaik tiba di hospital kini telah sedar dan dipindahkan ke wad Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.
“Pihak hospital turut mengesan kandungan gas (karbon monoksida) dalam paru-paru salah seorang petugas yang tidak sedarkan diri di dalam kabin ambulans tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929