fbpx

Sukan Olimpik 2020: Syaqiera perbaiki rekod peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syaqiera. - Foto oleh OCM

TOKYO – Atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh melengkapkan penampilan pertamanya dalam Sukan Olimpik dengan menduduki tangga ke-43 pada penentuan ranking memanah recurve individu wanita di Lapangan Memanah Yumenoshima, pagi tadi

Pemanah kelahiran Johor berusia 21 tahun itu berjaya mengatasi catatan peribadi terbaiknya sebelum ini, 619 mata dengan mencatat 630 mata.

Malah, ia juga menjadi pencapaian terbaik atlet wanita negara pada yang sebelum ini diraih oleh Mon Redee Sut Txi pada temasya Sukan Olimpik 2004 di Athens, Greece dengan meraih 626 mata.

Syaqiera yang menghuni ranking ke-355 dunia bakal berdepan atlet Rusia, Elena Osipova pada peringkat penyingkiran, Selasa depan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI