fbpx

Terjebak kes rogol, Kris Wu hilang kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRIS WU

SETELAH bekas ahli kumpulan EXO, Kris Wu yang didakwa merogol wanita berusia 30 tahun, banyak jenama besar China mengumumkan penamatan kontrak bersamanya.

Memetik Global Times, rata-rata netizen meminta jenama-jenama besar menghentikan kerjasama mereka dengan Kris.

Sehingga hari ini, lebih banyak jenama termasuk jenama pencuci terkenal Cina Libai dan EtherealSound, sebuah program yang berafiliasi dengan China Central Television mengumumkan bahawa mereka menghentikan kerjasama dengan penyanyi itu.

Tidak setakat itu, jenama Lancome dan Kiehl turut mengikut jejak langkah sama seperti yang dilakukan jenama sebelum ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai dakwaan dia merogol wanita warganegara China.

Kejadian didakwa oleh seorang personaliti media sosial atau influencer di China, Du Meizhu yang mengaku dirinya sebagai kekasih Kris Wu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI