ANGGOTA kumpulan Girls Generations iaitu Taeyeon mengakui pernah terfikir untuk mengundurkan diri daripada dunia nyanyian.
Memetik laporan Allkpop, Taeyeon mendedahkan perkara berkenaan ketika berkongsi mengenai kemunculan lagu berjudul 4 Seasons yang dianggap bukan satu karya yang bagus dan berkualiti.
Dalam satu temu bual, Taeyeon berkata, muzik bukan untuk dirinya memandangkan ramai lagi penyanyi lebih berbakat daripadanya.
“Sejujurnya saya rasa 4 Seasons bukan karya yang bagus sebab perkara itu tidak kena dengan gaya saya.
“Ketika itu saya berfikir apa yang perlu saya lakukan? Siapa saya? Ramai lagi orang yang lebih berbakat daripada saya. Muzik bukan untuk saya. Saya mungkin ada bakat lain,” katanya.
Tambah Taeyeon lagi, dia tidak menyukai single yang dilancarkan pada tahun lalu disebabkan berdepan masalah untuk menghayati lagu tersebut.
Biarpun begitu, Taeyeon sehingga kini masih mendapat sokongan berterusan peminat memandangkan ada kepelbagaian genre muzik menerusi lagu-lagu nyanyiannya.