fbpx

Lelaki lumpuh rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan seorang ditemukan rentung di Kampung Padang Tembak dekat Kampar semalam.-IHSAN JBPM

KAMPAR – Seorang lelaki lumpuh maut dalam kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah di Kampung Padang Tembak di sini semalam.

Mangsa, Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an ditemukan rentung di atas katil manakala isterinya, Ngah Dimah Tamin berusia 60-an mengalami sesak nafas dan dirujuk ke Hospital Kampar untuk rawatan kecemasan.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu berlaku pada pukul 11.48 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis kekal di mana api dalam keadaan marak.

“Anggota yang segera menjalankan kerja-kerja pemadaman mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran. Pemeriksaan yang dilakukan dalam sebuah rumah yang terbakar 90 peratus menemui seorang mangsa dalam keadaan rentung,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ketika dijumpai, mangsa yang merupakan pesakit lumpuh itu berada di atas katil berhampiran pintu hadapan rumahnya sebelum mayat mangsa segera dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kebakaran itu turut memusnahkan dua buah rumah lain di mana masing-masing terbakar kira-kira 80 dan 40 peratus. Siasatan sedang dijalankan oleh Unit Forensik Kebakaran bagi mengenal pasti punca kebakaran dan nilai kerugian yang dialami mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI