fbpx

Goretzka sebagai pengganti Pogba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED sedia mencuba nasib mendapatkan khidmat Goretzka meskipun sedar ketua jurulatih baharu Bayern, Nagelsmann mahu bintang Jerman itu kekal di Allianz Arena. – AFP

MUNICH – Manchester United menjadikan pemain tengah Ba­yern Munich, Leon Goretzka sebagai calon pengganti sekiranya terpaksa menjual bintang Perancis, Paul Pogba.

Difahamkan, Pogba, 28, mahu meninggalkan United selepas kembali menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dengan yuran perpindahan mahal bernilai £89 juta (RM515.9 juta) daripada Juventus pada 2016.

Kini, Paris Saint-Germain dilaporkan menyertai dua jaguh Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid untuk mendapatkan ­khidmat Pogba yang pernah memenangi Piala Dunia 2016 bersama Perancis.

Justeru, The Red Devils merasakan Goretzka adalah pengganti sesuai memandangkan dia turut berdepan situasi sama dengan Bayern ketika ini.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu mungkin akan meninggalkan Bayern secara percuma tahun depan jika gagal mencapai kata sepakat berhubung lanjutan kontrak baharu bersama juara Bundesliga tersebut.

United juga dikatakan sedia mencuba nasib mendapatkan tandatangan Goretzka meskipun ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann mahu bintang Jerman itu terus kekal di Allianz Arena.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan masih mempunyai ‘pelan B’ iaitu menandatangani khidmat bintang muda Rennes berusia 18 tahun, Eduardo Camavinga dan pemain tengah Wolverhampton Wande­rers, Ruben Neves.

Sementara itu, The Red De­vils dilaporkan cuma menunggu masa untuk melengkapkan perpindahan pemain sayap sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho yang bernilai £73 juta (RM423.1 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI