fbpx

Kontroversi Ebit Lew, Caprice dan Nadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew, Caprice dan Nadir

PETALING JAYA – Konflik melibatkan Ebit Lew dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Caprice berhubung misi kemanusiaan di Gaza, Palestin terus memuncak dengan le­bih banyak perkara didedahkan oleh pendakwah itu.

Terbaharu, Ebit dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya semalam turut menafikan segala dakwaan oleh Nadir termasuk isu bayaran wang kepada pihak ter­tentu untuk memasuki Gaza.

Penafian itu dibuat hanya sehari selepas Ebit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung dakwaan yang dibuat oleh Caprice dan Nadir.

Menurut Ebit, pihaknya menyangkal dakwaan kononnya telah membayar harga yang tinggi kepada syarikat Hala semata-mata untuk memasuki Gaza.

Katanya, dakwaan itu adalah fitnah yang melampau kerana dia sama sekali tidak tahu mengenai syarikat tersebut, sebaliknya proses memasuki Gaza adalah melalui Kedutaan Malaysia.

“Sebelum ini dalam sebuah Live oleh Nadir bersama Firdaus Wong, mereka ada sebut satu-satunya jalan memasuki Gaza adalah melalui Mile of Smile.

“Saya sudah hubungi pihak Mile of Smile dan mereka minta kami untuk membayar AS$10,000 (RM42,239) seorang. Memandangkan mahal, saya tak mahu bawa semua, jadi saya uruskan beberapa nama untuk masuk, bagaimanapun proses untuk masuk itu gagal,” katanya.

Berita berkaitan: Semua itu fitnah, tak benar

Berita berkaitan: Mana sumbangan RM20 juta rakyat Malaysia – Ebit Lew

Ebit berkata, pihaknya kemudian cuba memohon kelulusan untuk masuk ke Gaza dengan bantuan Kedutaan Malaysia.

“Kami dapat kelulusan kerajaan Mesir, tetapi kelulusan daripada tentera tidak berjaya. Jadi, kami semua sudah mahu balik ketika itu, sebelum balik saya singgah kedutaan untuk ucapkan terima kasih tetapi dimaklumkan ejen perisikan tentera Mesir mahu bantu kami.

“Kemudian mereka bawa berjumpa dengan Syarikat Lucky Tour yang boleh bantu kami ke Gaza dengan kos AS$2,500 (RM10,559.75) seorang,” jelasnya.

Berhubung dakwaan pihaknya tidak memberi respon sebut harga kotak makanan yang diberikan oleh Nadir, Ebit menjelaskan, tindakan itu adalah kerana mereka telah memperoleh kos yang lebih murah daripada pihak lain.

Berita berkaitan: Nadir persoal Ebit Lew masuk Gaza bayar syarikat Hala

“Nadir ada sebut mengenai beri kertas kerja kepada Ustaz Zul. Ramai ingat proposal itu tunjuk cara masuk Gaza, tetapi tidak. Itu hanya sebut harga kotak makanan yang mahu diberikan kepada penduduk Gaza.

“Di dalam proposal itu diletak harga makanan satu kotak AS$40 (RM168.96), tetapi saya juga ada dapat sebut harga barang yang lebih kurang sama dengan harga AS$20 (RM84.48). Jadi, kenapa saya kena ambil yang AS$40 kalau ada AS$20,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit juga menjawab persoalan yang dibangkitkan mengenai kumpulan misi bantuannya yang dikatakan sempat bersiar-siar, tetapi tidak memberi sebarang perkembangan sepanjang berada di sana.

“Setibanya di Mesir, kami perlu serahkan nama kepada polis, nyatakan tujuan ke sana. Saya tidak boleh letak saya nak ke Gaza kerana belum dapat kebenaran. Jadi, saya ke sana melalui ejen pelancongan.

“Bukan bayar mahal dan hotel kami terletak berhampiran de­ngan tempat Firaun dan ada juga makam Imam Syafi’e,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI